Friday, 12 August 2011

Gambar ketupat yang dianyam dari riben.
Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang. Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang, lontong, dodol, dan kuih raya.
Namun begitu, simbol lain yang berteraskan Islam seperti kalimah Allah dan Nabi Muhammad, bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri, dan lain-lain yang tiada unsur haram juga adalah digalakkan untuk digunakan sebagai simbol perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Persiapan

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.
Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.

Amalan lazim

Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.
Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.
Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini.[2]
Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t. menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami." [3], dan juga riwayat dari Umar (رضى الله عنه) menyebutkan bahawa:
"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka Allah akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. " [4]

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.Biasanya minggu pertama hari raya,jalan akan dipenuhi dengan kereta dan menyebabkan jalan sesak.

Pakaian

Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju kurung dan Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini. Pada tahun 2005, pemakaian batik, songket, dan baju kebaya nyonya semakin meningkat hasil promosi dan komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Aidilfitri dalam Kalendar Masihi

Tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah sentiasa tetap dan sama mengikut kalendar Hijrah. Namun begitu tarikhnya sentiasa berubah mengikut kalendar Masihi kerana kalendar Hijrah adalah mengikut peredaran bulan manakala kalendar Masihi pula mengikut peredaran Bumi mengelilingi Matahari. Oleh itu, tarikh Hari Raya adalah berbeza daripada tahun ke tahun, dengan beza lebih kurang antara sepuluh hingga 15 hari.
Hari Raya pada tahun-tahun yang akan datang diramalkan akan jatuh pada tarikh-tarikh berikut. Tarikh-tarikh tersebut adalah tertakluk kepada perubahan.
Hari Raya bermula pada malam sebelum tarikh-tarikh tersebut, bermula terbenamnya matahari.

dibuat oleh Sharifah Wafaa Bt Syed Nadzri.


Monday, 8 August 2011

Menuju Ampunan Illahi

Air matamu beralirkan mutiara
Bersih dan suci
Menuju puncak ampunan Illahi
Sujud dan langkahku
Mengingat berkah yang terindah
Namun duniaku tak dapat berkaca
Sehingga dosa...
Mengingatkan sucinya hatimu
Wahai Tuhanku...
Adakah cahaya yang dapat
Menerangi jalan takdirku
Tiap detik, menit, serta hari-hari
yang berlalu, membuat hati yang jenuh
suram dan penuh kekacauan
Teringat semua sifat-sifatmu
Dalam satu ataupun dua kata
yang kau ucapkan
Akhirnya kudapatkan maafmu
Di dalam jiwaku yang terenggut
Dengan penuh senyuman juga ampunan-Mu
Ya...Robbi


Dibuat oleh Sharifah Wafaa Bt Syed Nadzri.



Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadhan 2011


melihat anak bulan Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadhan 2011Terasa kejap masa berlalu.Sekarang kita sudahpun dalam Bulan Julai 2011.Ini bermakna, kita sedang menghampiri bulan Ramadhan 2011.
Hampir setahun Ramadhan 2010 meninggalkan kita, dan bersyukur ke hadrat ilahi, kita masih dikurniakan umur dan kesihatan yang baik.Dan diharap juga, sepanjang bulan Ramadhan 2011 ini, Allah mengurniakan kesihatan yang baik kepada kita untuk menunaikan ibadah berpuasa dengan sempurna.
gambar anak bulan Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadhan 2011Menurut laman web Majlis Raja-Raja,tarikh yang ditetapkan untuk melihat anak bulan untuk penetapan tarikh awal puasa 2011 adalah pada 31 julai 2011.

dibuat oleh Alisya Nadzira Bt Badrul Nadzar.

Menyambut bulan puasa.


ramadhan 2011 Selamat Berpuasa Dan Menyambut Bulan Ramadhan 2011 Buat Pembaca BeritaSemasaBulan Ramadhan datang lagi untuk kesekian kali pada tahun 2011.Sesungguhnya, kami mengucapkan syukur ke Hadrat Illahi, kerana masih dilimpahkan kurnia rezeki dan kesihatan yang baik untuk bertemu Ramadhan kali ini.
Walauapapun percanggahan pendapat dan juga perbezaan ideologi yang dibincangkan sepanjang tahun ini, bulan Ramadhan menjadi bulan penyatuan di antara seluruh umat islam, dalam menunaikan kewajipan berpuasa serta menahan sabar dari makan dan minum serta mneghindarkan diri dari hawa nafsu.

dibuat oleh Alisya Nadzira Bt Badrul Nadzar.