Tuesday 26 April 2011





PUTRAJAYA - Trend pelajar sekolah khususnya di peringkat menengah terjebak dalam penagihan najis dadah semakin membimbangkan apabila data Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) mendapati tahun ini sahaja bilangan penagih muda itu ialah 306 orang, meningkat berbanding beberapa tahun lalu.
Untuk perbandingan, jumlah kes pelajar yang menagih dadah di sekolah pada 2008 ialah 159 orang manakala pada 2007 hanya 117 orang.
Ketua Pengarah AADK, Datuk Abdul Bakir Zin berkata, para pelajar berkenaan dikesan positif dadah hasil ujian air kencing yang dijalankan Unit Pencegahan AADK.
"Tahun ini di Kelantan sahaja kami dapati lebih kurang 60 orang pelajar sekolah positif dadah. Kami berjaya mengesan mereka melalui Program Intervensi Pelajar (PIP) yang dilaksanakan dengan Kementerian Pelajaran," katanya di sini semalam.
Beliau berkata, melalui kerjasama dengan Kementerian Pelajaran, AADK turut menjalankan program susulan bagi memastikan gejala penyalahgunaan dadah di kalangan murid dan pelajar dapat dibendung.
Menurut Abdul Bakir, kebanyakan pelajar tersebut menggunakan dadah tradisional khususnya ganja.
maghfirah


Kebelakangan ini, kawasan sekolah sering dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melesapkan barangan berharga milik pihak kerajaan. Selain itu, berlaku juga peristiwa guru diserang oleh pelajar yang bermasalah. Situasi kurang sihat ini menimbulkan pelbagai reaksi daripada banyak pihak tentang tahap keselamatan pelajar dan guru di sekolah. Oleh yang demikian, pelbagai pihak menyuarakan cadangan mewajibkan pemasangan kamera litar tertutup di sekolah.
Banyak faedahnya jika CCTV dipasang di sekolah terutamanya di tempat-tempat yang strategik dengan menyediakan pemantauan yang berterusan. CCTV yang dipasang di pagar sekolah akan menghalang tabiat pelajar yang suka ponteng kelas atau pulang lebih awal. Hal ini demikian kerana pihak sekolah dapat mengesan gejala yang kurang sihat dan mengawal tahap disiplin para pelajar. Pemasangan CCTV di dalam kelas pula membantu pengetua memantau proses pengajaran dan pembelajaran sama ada berlaku secara efektif atau sebaliknya.
Bagi sekolah yang indeks jenayahnya tinggi, pemasangan CCTV adalah perlu agar kadar jenayah menurun selain dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat. Walaupun sesetengah sekolah ada ditempatkan pengawal keselamatan, tetapi jumlahnya tidak berpadanan dengan keluasan sekolah. Hal ini akan membuka ruang kepada penjenayah untuk mencuba nasib. Dengan pemasangan CCTV ini, pengawal keselamatan dapat menghidu jejak penjenayah dengan lebih cepat. Pihak berkuasa pula akan dapat merujuki kejadian jenayah melalui rakaman pita video yang dirakam oleh sistem tersebut. Justeru itu, pemasangan CCTV merupakan langkah terbaik bagi mengelakkan kerugian jutaan ringgit.
Di samping itu, ahli jawatankuasa disiplin sekolah dapat juga memantau kegiatan para pelajar. Maklumat daripada CCTV ini akan dihubungkan terus ke sistem e-disiplin iaitu sistem pengurusan masalah disiplin pelajar secara berkesan dan sistematik berasaskan teknologi web. Cetakan surat amaran serta kemas kini rekod merit kesalahan pelajar dibuat secara automatik oleh sistem berkenaan. Jika seorang pelajar melakukan kesalahan, merit pelajar itu akan berkurang, sekali gus memberi kesan kepada rating disiplin sekolah yang terbabit. Ternyata pemasangan CCTV amat efektif kerana wujud kesedaran dalam diri pelajar supaya berkelakuan baik bagi memastikan sijil tamat persekolahan mereka dicatat sebagai bersahsiah cemerlang.
Rumusannya, pemasangan CCTV di sekolah sangat relevan dengan era kecanggihan teknologi. Hal ini demikian kerana banyak masalah disiplin di kalangan pelajar dan kes kehilangan barang milik sekolah didedahkan kepada pihak media massa. Pemasangan CCTV merupakan salah satu usaha untuk mengelakkan kemudaratan lebih besar. Justeru itu, pihak sekolah perlu mengambil tindakan yang proaktif bagi membendung permasalahan ini.


maghfirah

renungan

"Kejayaan tidak berlaku secara magik. Ia juga tidak berlaku secara spontan. Ia dicapai kerana formula yang digunakan ialah formula Allah Yang Maha Mengetahui. Formula ini mementingkan perubahan dalaman. Ia mementingkan iman serta kebersihan hati. Dengan kedua-dua ini segala bisikan yang menyesatkan akan dapat ditangkis dan segala kealpaan akan dapat dikawal. Dalam surah An-Nahl ayat 99-100 Allah berfirman, 'Sesungguhnya syaitan tidak ada kekuasaan ke atas orang-orang yang beriman serta bertawakal kepada Tuhannya. Sesungguhnya kekuasaan syaitan hanyalah ke atas mereka yang mengambilnya menjadi pemimpin dan mereka yang mempersekutukannya dengan Allah.'

Dalam perjalanan menuju keunggulan, aset utama yang perlu dimanfaatkan ialah diri sendiri. Manusia dijadikan Allah dengan pelbagai potensi. Untuk berjaya potensi-potensi ini perlu digilap dengan menggunakan ramuan yang betul. JANGAN JADI SEPERTI FIRAUN DAN QARUN. Mereka membina istana kecemerlangan dengan menggunakan formula yang salah. Firaun diberi kuasa dan dia menggilap kekuasaannya dengan kebongkakkan. Demikian juga dengan Qarun. Dia menggilap kekayaannya dengan kesombongan. Kedua-dua mereka akhirnya tenggelam, Firaun tenggelam di lautan dan Qarun di dalam bumi, penuh kehinaan. Mereka tenggelam."
maghfirah

katak di bawah tempurung

Orang Melayu mempunyai pelbagai cabang seni bahasa yang patut dibanggakan. Antaranya ialah kemahiran dan kebijaksanaan membina dan mencipta kata-kata bidalan, perumpamaan, pantun, peribahasa, dan lain-lain. Tentu kita banyak mendengar dan melihat peribahasa orang zaman dahulu. Antaranya ialah ‘kacang lupakan kulit’, ‘bagai isi dengan kuku’, ‘air dicincang tidak akan putus’, dan lain-lain. Semuanya sudah sinonim dan terkenal dengan masyarakat masa kini.
Salah satu peribahasa yang amat terkenal ialah ’seperti katak di bawah tempurung’. Peribahasa ini rnembawa maksud orang yang tidak mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya. Peribahasa ini amat berguna dan bermakna kerana ia membawa maksud orang seperti ini tidak mengetahui kejadian yang berlaku di sekelilingnya. Maka jadilah seperti seekor katak yang berada di bawah tempurung yang tidak tahu apa yang berlaku di luar tempurung tersebut. Ia seolah-olah terkurung dan tidak dapat rnembezakan keadaan di dalam dan di luar.
Peribahasa ini bolehlah dikaitkan dengan satu kisah yang berlaku pada diri seorang wanita bernama Aminah. Dia tinggal seorang diri setelah ibu bapanya meninggal dunia lebih kurang tiga tahun yang lain. Dia tidak hidup melarat kerana ayah dan ibunya telah meninggalkan harta yang banyak. Aminah seorang yang agak pendiam dan tidak mempunyai ramai kenalan. Dia cuma mengharapkan wang daripada harta yang ditinggalkan oleh ibu bapanya untuk menyara kehidupannya. Wang daripada pajakan tanah sawah seluas lima relong, tanah kebun seluas lima hektar, rumah sewa sejumlah lima buah, serta rumah sendiri memberikan pendapatan yang lumayan. Aminah seorang yang pendiam dan jarang berbual. Dia tidak stika menonton televisyen atau membaca surat khabar. Oleh itu, sudah tentu dia tidak rnengetahui hal-hal yang berlaku di sekelilingnya.
Hari-hari yang dilalui oleh Aminah berjalan seperti biasa sehinggalah pada suatu hari dia didatangi oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Osman. Dia datang menemui Arninah kerana dia hendak menjual tanah seluas empat hektar kepada Aminah. Alasannya ialah dia tidak mahu tanah itu jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Aminah yang berminat untuk rnembeli tanah tersebut telah meminta Osman menyerahkan geran tanah yang hendak dijual itu. Osman bersetuju lain pulang ke rumahnya Aminah berasa gembira kerana dia memang berhajat untuk membeli tanah itu untuk menambahkan hartanya. Malah, bagi Aminah dengan pembelian tanah itu dia rnampu untuk menambah pendapatan bulanannya.
Dua hari kemudian, Osman datang lagi bersama-sama dengan geran tanah yang dipinta oleh Arninah tempoh hari. Setelah ditunjukkan kepada Aminah, mereka berbincang tentang harga yang dipersetujui. Osman ingin menjual tanah tersebut sebanyak RM75,000.00 tetapi Aminah meminta dikurangkan kepada RM70,000.00 sahaja. Osman bersetuju lalu meminta bayaran sebanyak RM50,000.00 sebagai pendahuluan. Aminah memberitahu bahawa wangnya ada di bank. Lalu, Osman mencadangkan mereka pergi ke bank bersama-sama untuk mengambil wang tersebut. Aminah bersetuju dengan cadangan Osman untuk memberikan RM50,000.00 kepada Osman sebagai pendahuluan.
Bakinya pula akan diberi semasa membuat pertukaran nama pada geran nanti. Osman yang amat gembira dengan pemberian wang tersebut berjanji akan datang dengan segera untuk menyelesaikan hal pertukaran nama pada geran tanah tersebut. Aminah pun pulang dengan rasa senang hati kerana sudah harnpir pasti dia akan memiliki tanah itu.
Apabila hari yang dijanjikan, Aminah menunggu Osman di perkarangan Pejabat Tanah. Dia rnenanti dengan penuh harapan agar Osman muncul untuk menyelesaikan perkara itu. Tetapi hampir empat jam Aminah menunggu, namun bayang-bayang pun tidak kelihatan. ilia cuba menghubungi nombor telefon yang diberi oleh Osman namun ternyata nombor itu adalah palsu. Dia yang berasa tidak senang hati telah masuk ke dalam Pejabat Tanah dan meminta salah seorang daripada pegawai di situ rnenyemak geran tanah yang dikatakan milik Osman itu. Ternyata geran tanah itu adalah palsu. Pegawai itu menyatakan bahawa semua kakitangan sudah diberitahu tentang seorang lelaki yang menjalankan aktiviti penipuan penjualan tanah di serata tempat. Pihak mereka juga telah mengiklankan kegiatannya di akhbar-akllbar, televisyen, dan majalah.
Nyatalah Aminah ditipu dan dia menyesal kerana tidak mahu mengambil tabu tentang perkara yang berlaku di sekelilingnya. Osman merupakan seorang penipu dan orang kampung sudah pun dimaklumkan mengenai kegiatannya. Aminah hampir pengsan mengenangkan nasibnya yang ditipu oleh Osman.
Kesimpulannya, kita perlulah mengambil iktibar tentang kejadian yang berlaku ke atas diri Aminah. Dari kisah tersebut, dapatlah kita rumuskan bahawa keadaan ini merupakan satu kerugian kepada kita. Biarlah kita menjadi seorang yang tabu segala yang berlaku di sekeliling kita. Janganlah menjadi seperti ‘katak di bawah tempurung’, kelak kita juga yang akan rugi.
puteri aina

tip menjawab soalan

Karangan yang cemerlang hendaklah mempunyai ciri-ciri yang berikut..
ü Memenuhi dan menepati kehendak arahan soalan.
ü Mempunyai isi-isi penting yang cukup.
ü Mempunyai idea yang tersusun. Iaitu isi yang penting didahulukan dan isi yang kurang penting dikemudiankan.
ü Mempunyai perenggan yang padu dengan isi pokok, huraian serta contoh yang sesuai.
ü Menggunakan bahasa baku.
ü Menggunakan ungkapan menarik seperti peribahasa, hadis, cogan kata, pantun dan seumpamanya.
ü Menggunakan 2 variasi ayat seperti ayat tanya, ayat songsang, ayat majmuk dan ayat pasif.
ü Menggunakan 2 kosa kata berdarjat tinggi seperti anjakan paradigma, marcapada sering menyaksikan, dan sebagainya.
ü Menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul.
2. Untuk memenuhi syarat-syarat tersebut, langkah pertama yang harus anda lakukan ialah berfikiran positif dan sentiasa menganggap setiap soalan yang dikemukakan adalah mudah dijawab. Sangkaan yang baik akan mewujudkan motivasi untuk menjawab soalan.
3. Kemudian, baca arahan sebanyak 2 kali sambil menggarisi kehendak soalan. Anda tidak perlu terikat dengan bahan rangsangan tetapi mesti terikat dengan kehendak soalan.
4. Anda perlu meneliti tajuk yang disediakan bersama dengan bahan rangsangan berkenaan atau mengaitkannya dengan kehendak soalan.
5. Anda hendaklah menganalisis bahan rangsangan yang diberikan dengan kritis dan analitis.
6. Seterusnya, sediakan rangka jawapan yang terdiri daripada pendahuluan, isi penting dan penutup.
7. Pastikan karangan yang ditulis berselang seli antara perenggan bagi memberi ruang kepada pemeriksa untuk mencatat sesuatu.
8. Satu perenggan isi mesti dimulakan dengan pernyataan isi dalam 1 ayat sahaja. Ayat seterusnya mestilah huraian daripada pernyataan isi. Seterusnya, anda perlu memberi contoh daripada huraian tadi. Ayat akhir bagi perenggan isi mestilah ayat kesimpulan bagi isi tersebut. Pastikan anda menulis 3 isi dalam 3 perenggan. Jangan sesekali mencampuradukkan beberapa isi dalam 1 perenggan.
9. Bagi perenggan akhir, anda perlu membuat kesimpulan bagi keseluruhan isi dan kehendak soalan.
10. Setelah selesai mengarang, anda perlu menyemak karangan dari segi ejaan, tanda baca, penanda wacana, dan struktur ayat.
11. Pastikan jumlah kata karangan anda itu dalam lingkungan jumlah kata yanag ditetapkan.
Peruntukan masa bagi menjawab soalan ini adalah seperti berikut:
Mambaca dan memahami arahan soalan
5 minit
Menyediakan rangka jawapan
5 minit
Mngarang
25 minit
Menyemak
5 minit
Jumlah masa
40 minit



puteri aina

PANTUN ANTI DADAH

Indahnya buana juga angkasa,
Tidak terkira beribu batu,
Dadah durjana perosak bangsa,
Remaja terleka mengapa begitu
Indah baiduri dari kencana
Cantik di pakai ke sana sini
Pendidikan diberi kesedaran dijana
Terhapuskah dadah di dunia ini
Anak merak anak anakmerbah
Asyik beradu dalam sarangnya
Rosak akhlak kerana dadah
Remaja begitu apa puncanya
Batu delima dipecah kecil
Angin puputan awan berarak
Punca utama dadah diambil
Pengaruh rakan sukar di tolak
Ulam senduduk dan juga penggaga
Enak dimakan di atas tikar
Iman di pupuk takwa di jaga
Barulah dadah boleh di hindar


From: Siti nur margfiroh

dadah

  Apabila anda merdengar ungkapan “Enam Jahanam”, apakah yang mungkin anda fikirkan ? Adakah itu judul sebuah filem klasik P. Ramlee atau nama kumpulan penjenayah yang diburu oleh pihak polis ? Rupa-rupanya, ungkapan itu merujuk kepada enam jenis dadah yang harus diberi perhatian serius kerana penyalahgunaannya yang meluas – heroin, kokain, ecstasy, kanabis, syabu dan morfin. Sewaktu melancarkan “Karnival Enam Jahanam”, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa isu dadah di negara kita  berada pada tahap yang berbahaya. Oleh itu, kerajaan mengisytiharkan dadah harus diperangi hingga ke akar umbi kerana dadah merupakan musuh nombor satu negara.Apakah sebenarnya dadah ? Dadah yang fungsi asalnya ialah bahan perubatan merupakan bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat seperti menyebabkan keadaan khayal, ketagihan dan gangguan tingkahlaku. Penyalahgunaanya yang berterusan mendatangkan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.  
Pada akhir tahun 1960-an, negara  kita   mulai  mengalami  masalah  dadah   Golongan remaja  dipengaruhi oleh kebudayaan ‘hippie’ dan askar-askar Amerika  yang  melancong ke Pulau Pinang. Sebagai kesan daripada kedua pengaruh tersebut, penagihan dadah telah merebak ke seluruh negara. Golongan  muda  yang  terlibat  dalam  penagihan  dadah merupakan  pemuda- pemudi  harapan bangsa  dan  negara   dan  terjerumusnya  mereka  dalam alam khayalan ini mengakibatkan  mereka bukan sahaja tidak berguna kepada  masyarakat  bahkan diri  mereka sendiri. Memandangkan  hakikat inilah,  kerajaan  telah  mengambil  sikap tegas terhadap pengedaran  dadah,  dan  mengambil  langkah-langkah yang perlu untuk melindungi rakyat termasuklah undang-undang yang  amat ketat. Tetapi, pengedaran dadah nampaknya tidak boleh diselesaikan dengan hanya peruntukan undang-undang seperti Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985) walaupun mereka yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.  Oleh itu, kerajaan telah  melancarkan  kempen  antidadah  di  seluruh  negara  secara  meluas.  Namun demikian, tanggungjawab untuk memerangi dadah seharusnya  kita  pikul  bersama.
Tindakan   pencegahan   dadah   yang   berkesan memerlukan  penglibatan semua golongan masyarakat. Pada zaman moden ini, golngan muda lebih  bebas,  terdedah  kepada pengaruh asing dan mereka  lebih mengutamakan pandangan rakan sebaya. Dengan ini, mereka mudah terlibat dengan kegiatan yang  tidak  sihat. Untuk  disanjung  oleh  kawan, mereka menunjukkan keberanian dengan  menghisap  rokok  dan  dadah. Sekali  mereka   bermula,   maka   amat  sukar  bagi  mereka memberhentikan amalan buruk ini.   Masyarakat harus dididik  sejak kecil lagi bahawa dadah itu najis, benda yang kotor dan tidak boleh disentuh.  Sekiranya kita berjaya menyemai nilai ini dalam  hati  sanubari  mereka, sebahagian daripada kejayaan pencegahan dadah akan tercapai. Kita harus sedar bahawa tindakan kita ke arah matlamat mencegah penyalahgunaan dadah ini adalah untuk menyelamatkan bukan sahaja keluarga kita sendiri bahkan generasi muda untuk  mewujudkan  satu bangsa yang bermaruah dan dihormati.
Sebahagian  besar penagih-penagih dadah  di  negara  kita  terdiri  daripada golongan remaja antara 15-29 tahun.  Antara  sebab-sebab utama  mereka  ini menjadi penagih ialah kerana keseronokan, sikap ingin tahu, pengaruh  persekitaran  terutamanya pengaruh rakan sebaya, tekanan emosi disebabkan oleh sama ada kegagalan, tidak mendapat kasih sayang  ibu  bapa atau kerana kemewahan. Hal ini menunjukkan, sekolah boleh memainkan peranan penting dalam membasmi bencana dadah. Pada tahun 2005 ini, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melancarkan program pencegahan penagihan dadah besar-besaran tahun ini dengan sasaran utama terhadap golongan belia terutama pelajar sekolah. Program pencegahan merupakan usaha terbaik bagi mengelak pertambahan jumlah penagih baru di negara ini. Menurut laporan agensi itu, sehingga Oktober tahun 2004, daripada sejumlah 30,659 penagih dadah, sebanyak 15,292 orang adalah penagih baru manakala sebanyak 15,667 adalah penagih berulang. Data ini jelas menunjukkan kita perlu bersungguh-sungguh dengan program pencegahan kerana program pemulihan dan rawatan sukar menghalang penagih-penagih ini mengulangi kegiatan mereka.
Kajian oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan kegiatan penagihan dadah lazimnya bermula dengan tabiat menghisap rokok. Ini kerana tabiat ketagihan dihasilkan oleh unsur nikotin dalam rokok. Apabila merasakan rokok tidak memberi kepuasan, mereka beralih kepada ganja dan sekiranya ganja juga tidak memberi keseronokan, mereka akan beralih kepada heroin dan morfin. Jelasnya, pencegahan tabiat merokok juga penting dalam memerangi najis dadah kerana implikasinya terhadap dorongan untuk mendapatkan dadah.    
Masyarakat harus sama-sama menyedari akan kesan pengambilan dadah. Dengan berfikiran rasional,  mereka tentu tidak sanggup menerima risikonya yang menakutkan. Antara kesan-kesannya ialah mendapat penyakit meningitis, penyakit jangkitan
 jantung, AIDS, Hepatitis B, C, dan D, kerosakan buah pinggang, otot-otot badan mengecut dan berkemungkinan lumpuh. Kesan fizikal pula ialah apabila sekiranya bekalan dadah tidak diperoleh mereka akan berasa keluh-kesah, gian, dan amat menderita. Jelasnya mereka akan berperang dengan kematian kerana terdedah dengan penyakit terutamanya penyakit AIDS yang amat digeruni.  
Kesimpulannya, kita harus bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk memerangi dadah. Najis dadah akan kita kuburkan dan wujudlah suasana dadah sifar. Marilah kita sama-sama menghapuskan najis dadah yang “menjahanamkan” masyarakat daripada terus hadir di Malaysia.  Kita tiada pilihan melainkan hanya satu slogan di hati dan di minda pada setiap masa iaitu “Perangi Dadah Habis-Habisan”.
hajar~

FAEDAH KOKURIKULUM

Kerajaan telah memberi penekanan terhadap aspek kokurikulum sekolah. Pelajar sudah mula diwajibkan untuk terlibat dalam aktiviti ini. Malah kemasukan ke universiti mula menekankan aspek kokurikulum juga.
Huraikan.

Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu aktiviti yang penting tetapi pembabitan pelajar agak mengecewakan. Ada pelbagai faktor yang menyebabkan pelajar tidak mahu melibatkan diri mereka dalam aktiviti ini. Sikap tidak acuh pelajar ini telah menyebabkan kerajaan mewajibkan kegiatan ini dan menjadi syarat unntuk pemilihan ke universiti. Sebenarnya, kokurikulum mempunyai banyak kebaikan yang tersirat.

Pelajar yang terlibat dengan kokurikulum dapat menyihatkan badan mereka. Peluh yang keluar dapat menghilangkan toksik badan. Pelajar yang menghadapi era persekolahan zaman ini memang penuh masalah, jadi pembabitan dalam kokurikulum mampu mengurangkan tekanan ini. Kegiatan yang dijalankan itu mampu mengalih fikiran pelajar sejenak daripada persiapan peperiksaan mereka yang penuh dengan penghafalan dan membuat latihan. Minda mereka dapat berehat sebentar apabila melakukan aktiviti yang berbeza iaitu kokurikulum.

Dalam masa yang sama pembabitan pelajar memastikan mereka tidak terbabit dengan aktiviti yang tidak sihat. Kegiatan kokurikulum dilakukan pada masa-masa yang telah ditetapkan. Penetapan masa ini menyebabkan pelajar terpaksa menguruskan masa mereka dengan bijak. Pelajar yang terbabit dalam aktiviti ini akan mengutamakan aktiviti kokurikulum dan pembelajaran mereka. Ringkasnya, mereka kekurangan masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak.

Selain itu, pelajar turut dapat menambah keyakinan diri mereka melalui aktiviti kokurikulum ini. Kokurikulum menyediakan satu “medan” yang sesuai kepada pelajar untuk memimpin atau mengetuai sesuatu pertubuhan. Situasi ini memberikan mereka satu keyakinan terhadap kemampuan mereka dalam aspek-aspek tertentu. Mereka mula menyedari bakat yang ada dan berupaya untuk mengembangkannya serta mengasahnya menjadi sesuatu yang lebih cemerlang lagi seperti memimpin pertubuhan belia, syarikat dan mungkin juga negara.

Malahan, aktiviti kokurikulum membuka minda dan mata pelajar tentang erti persahabatan dan pergaulan. Mereka akan bertemu dengan pelbagai orang dalam menjalankan aktiviti kokurikulum itu. Mereka mengenal jenis manusia sebenar terutama apabilamenghadapi masalah untuk menganjurkan sesuatu aktiviti. Mereka juga mengenali erti persahabatan yang sejati. Pengalaman ini semua akan mengajar pelajar erti kehidupan yang tidak boleh mereka peroleh di luar.

Pelajar juga mengetahui banyak perkara baru. Aktiviti dalam pertubuhan beruniform akan mendedahkan mereka kepada cara-cara untuk menyelamatkan mangsa ketika kecemasan, cara berkhemah, cara memasak dan cara menguruskan perbelanjaan persatuan. Semua ini memberi satu pengetahuan yang berguna kepadapelajar. Ilmu ini turut memberi pelajar satu dimensi baru dalam cara mereka melihat sesuatu pertubuhan apabila mereka keluar dari sekolah.

Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum haruslah disertai oleh semua pelajar tanpa sebarang prasangka buruk. Mereka tidak harus menganggap aktiviti ini akan menghalang kemajuan mereka dalam peperiksaan. Mereka tidak harus menyalahkan kokurikulum kalau mereka tidak memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Mereka seharusnya melihat aktiviti ini sebagai satu proses pembelajaran yang harus dialami oleh semua orang sebagaisebahagian daripada proses kehidupan kita sebagai manusia.



From : Putri Aina

Rainbow.




after summer's rain
God's promise is remembered
glorious rainbow
...........
  

         
     


 
I dreamt I cast an overarching path
Of coloured scales
Thriving on the solar rays that play upon
The waning of the storm –
...........

 

         
     



Rainbow
rainbow
rainbow
I said to



         
     


 
Thanks Dark – for the nightmares!
Rain bleeding all over me,
Like swarms of needling gnats
...........


                      
   
                    
 


         
     


 
Rainbow, Rainbow
that was her nickname.
A name she had obtained,
for all the colors she'd appreciate    di buat oleh sti hajar.
       
  

Justin Bieber - Never Say Never ft. Jaden Smith

friend.


       
 


       


 
My perfect friend holds me tight
My perfect friend kisses me goodnight
My perfect friend loves me for me
My perfect friend wont let me be
...........



       



A friend that is unique
A friend that is one of a kind
A friend that is perfect
A type of friend who is hard to find
...........


       


 
I have a friend, a friend in word & a friend indeed.
A friend who loves me with all friends being & I love friend too.
My friend rejuvenates me
A friend of my youth,
........... 

Nandi Dumakude

       



A true friend
A true friend is the one who picks you up when you fall
A true friend is one that won't lie
A true friend is there when you call
........... 

Ashley Reese

       



Friend gives you smile
But true friend gives you happiness

Friend will lie about you

di buat oleh siti hajar.