Thursday, 21 April 2011

pantun empat kerat( teka teki)

Belayar perahu dari berandam,
    menuju arah selat melaka;memotong
lebar kepala dari badan,
   apakah itu cubalah teka?


burung nuru burung dara,
  terbang ke sisi taman kayangan;
cubalah cari wahai saudara,
  makin diisi makin ringan.


hari hari ke rumah cik hitam,
  melihat orang memotong tebu;
apa binatang darahnya hitam,
janggut delapan tulangnya satu?


ambil betik potongkan pisau,
  buah masak pokoknya rendah;
kecil-kecil berbaju hijau,
  sudah besar berbaju merah.


kalau tuan bawa keladi,
   bawa juga si pucuk rebung;
kalau tuan bijak bestari,
  apa dia tanduk di hidung


najwa

No comments:

Post a Comment

Post a Comment