Monday, 25 April 2011

CARA-CARA UNTUK MENCERIAKAN SEKOLAH

Sekolah ialah tempat kita belajar dan mendapatkan ilmu. Sebagai seorang pelajar,kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria.Terdapat pelbagai cara untuk menceriakan kawasan sekolah
     Antaranya adalah dengan mengadakan program bergotong-royong. Bergotong royong bermaksud melakukan kerja bersama-sama. Gotong-royong bertujuan untuk memastikan kerja-kerja dapat dijalankan dengan mudah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat,bak kata pepatah,yang berat sama dipikul,ringan sama dijinjing. Pada hujung minggu,pelajar sekolah boleh hadir untuk aktiviti gotong-royong.Contohnya, pelajar dikehendaki memungut sampah atau membersihkan longkang.
     Selain itu  adalah dengan  mengadakan taman bunga di sekolah. Taman bunga ialah kawasan yang ditanam dengan pokok-pokok bunga. Taman bunga boleh mencantikkan kawasan sekolah. Sekolah boleh membeli pokok bunga untuk ditanam di dalam pasu atau di  sekeliling kawasan sekolah. Pelajar-pelajar juga boleh membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan sekolah. Oleh itu,taman bunga perlu diadakan di sekolah untuk menceriakan kawasan sekolah.
     Cara lain untuk menceriakan kawasan sekolah adalah dengan mengecat semula  bangunan. Mengecat  bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga  akan berasa seronok untuk datang ke sekolah. Cogan kata ada menyatakan , “sekolahku syurgaku..” Sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat. Pelajar juga boleh mengecat dan melukis mural di dinding sekolah. Mereka boleh melukis gambar landskap,pemandangan,lukisan dan corak.
     Pertandingan kelas terbersih dan terceria juga dapat menjadikan sesebuah sekolah ceria. Pertandingan kelas terbersih ialah peraduan bilik darjah yang paling bersih dan paling ceria. Guru bertugas harian akan memantau dan menilai kebersihan kelas setiap hari. Elas terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam perhimpunan mingguan.  Kelas terbersih akan diberikan hadiah dan sijil penghargaan.
     Selain mengadakan pertandingan pihak  sekolah juga boleh mengadakan Program 3K. Program 3K bermaksud Kesihatan,Keceriaan dan Keselamatan. Program ini boleh menjadikan sekolah  sentiasa ceria dan selamat. Ini kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa. Oleh itu program 3K perlu diadakan di sekolah.
     Kesimpulannya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah.  Dalam hal ini, guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu bersama-sama menjaga persekitaran sekolah supaya  bersih dan ceria. Sekolahku adalah kesayanganku.
FROM : FARA ATIKAH.

No comments:

Post a Comment