Tuesday 26 April 2011

KOKURIKULUM

Aspek masa yang terlalu banyak diberikan untuk menjalani latihan yang melibatkan kokurikulum ini sering dipersoalkan oleh pelajar. Ramai yang menganggap masa yang t erlalu panj ang it u membazir dan elok dipenuhi dengan pembacaan buku untuk persiapan peperiksaan. Pelaj ar j uga membenci aktiviti luar kelas ini kerana masa petang mereka terpaksa dihabiskan di sekolah padahal mereka sepatutnya sudah boleh kembali ke rumah untuk bersantai. Oleh itu, keengganan pelajar terbabit dalam aktiviti ini banyak bergantung pada fakt or masa.
Malah, pertimbangan untuk menyertai kokurikulum ini turut ditentukan oleh sikap pelaj ar yang menganggap aktiviti ini tidak memberikan sebarang impak posit if kepada diri mereka. Pandangan mereka ini dikukuhkan dengan kegagalan mereka peroleh markah dalam peperiksaan yang diadakan oleh pihak sekolah. Tindakan ibu bapa yang menegur kegagalan mereka ini menyebabkan mereka terus melupakan atau menganggap aktiviti ini tidak berguna buat mereka.Just eru, pelaj ar t idak suka menyert ai kokurikulum kerana mereka beranggapan aktiviti ini tidak memberi sebarang manfaat untuk pembangunan masa depan mereka.
Selain itu, penglibatan pelaj ar dalam aktiviti kokurikulum ini semakin rendah kerana aktiviti itu agak terhad dan biasanya disertai oleh pelaj ar-pelaj ar yang sememangnya berminat dalam aktiviti tersebut. Keadaan ini menyebabkan tujuan atau matlamat aktiviti ini tidak tercapai lantaran segolongan sahaja yang menyertainya. Jadi, keadaan ini menyebabkan ramai pelajar tidak berminat unt uk menyert ainya.
Keadaan kehidupan semasa yang serba moden t erut ama dalam alaf globalisasi ini turut menjejaskan minat pelajar. Mereka lebih bermiant untuk lepak bersama-sama rakan di pusat beli belah daripada berkawad atau berlari di padang. Kecanggihan kehidupan yang lebih menarik telah menj adikan pelaj ar menganggap aktiviti sebegini tidak bersesuaian dengan masa remaj a mereka. Oleh itu, pelaj ar menganggap aktiviti ini membosankan berbeza aktiviti lepak yang lebih dianggap menarik.
FROM: FARA ATIKAH.

No comments:

Post a Comment