Tuesday 26 April 2011

renungan

"Kejayaan tidak berlaku secara magik. Ia juga tidak berlaku secara spontan. Ia dicapai kerana formula yang digunakan ialah formula Allah Yang Maha Mengetahui. Formula ini mementingkan perubahan dalaman. Ia mementingkan iman serta kebersihan hati. Dengan kedua-dua ini segala bisikan yang menyesatkan akan dapat ditangkis dan segala kealpaan akan dapat dikawal. Dalam surah An-Nahl ayat 99-100 Allah berfirman, 'Sesungguhnya syaitan tidak ada kekuasaan ke atas orang-orang yang beriman serta bertawakal kepada Tuhannya. Sesungguhnya kekuasaan syaitan hanyalah ke atas mereka yang mengambilnya menjadi pemimpin dan mereka yang mempersekutukannya dengan Allah.'

Dalam perjalanan menuju keunggulan, aset utama yang perlu dimanfaatkan ialah diri sendiri. Manusia dijadikan Allah dengan pelbagai potensi. Untuk berjaya potensi-potensi ini perlu digilap dengan menggunakan ramuan yang betul. JANGAN JADI SEPERTI FIRAUN DAN QARUN. Mereka membina istana kecemerlangan dengan menggunakan formula yang salah. Firaun diberi kuasa dan dia menggilap kekuasaannya dengan kebongkakkan. Demikian juga dengan Qarun. Dia menggilap kekayaannya dengan kesombongan. Kedua-dua mereka akhirnya tenggelam, Firaun tenggelam di lautan dan Qarun di dalam bumi, penuh kehinaan. Mereka tenggelam."
maghfirah

No comments:

Post a Comment